Wednesday, December 5, 2012

FESTIVAL TARI BORNEO EDISI - 4

Hai semuaaaaa............. :-D


                 Lama sudah tidak update blog tau, hihihi. Saya baru jak ni balik dari ikut program Festival Tari Borneo yang telah berlangsung selama 4 hari ( 20 - 23 november ) di Universitas Tanjung Pura, Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

                 Setelah menjalani latihan intensif selama 3 minggu lebih di UiTM, pada 17 november, kami seramai 22 orang peserta (  penari dan pemuzik ) , 4 orang jurulatih, 4 org krew serta seorang pegawai kebudayaan telah bertolak ke Kuching Sarawak. Di Sarawak, kami telah menginap di UiTM samarahan Kuching. Sepanjang dua hari di Sarawak, kami telah melawat sebuah tempat yang selalu dikunjung ramai pelawat iaitu waterfront. Di sanalah tempat yang banyak menjual barang2 kraftangan.

                  19 November, kami bertolak seawal jam 11 pagi dari UiTM samarahan Kuching Sarawak ke Kalimantan Barat, Indonesia dengan menaiki sebuah bas besar. Perjalanan yang memakan masa selama 10 jam lebih itu amatlah menyeronokan. Lagipun, ni first time saya jalan jauh naik bas besar. hehe. :)

                  Sesampainya kami di Indonesia, kami pun menyewa sebuah hotel, Hotel Merpati. Di sanalah kami bermalam selama 4 malam. 20 November merupakan hari pembukaan Festival Tari Borneo tersebut. Terdapat 13 universiti semuanya yang akan bertanding dan 13 universiti tersebut datangnya dari Sabah, Labuan, Sarawak dan juga Indonesia.

                  20 November, tiba jua malam pertandingan. Pertandingan yang bermula pada jam 7 malam berakhir pada jam 11 malam. UiTM Sabah telah membawa tarian kreatif yang bertajuk 'mororobuat' pada malam tersebut. Mororobuat sinonim dengan kehidupan seharian masyarakat kaum dusun di negeri Sabah. Saya sebagai salah seorang pemuzik dari UiTM Sabah terlibat dengan tarian ini.



penari2 dari UiTM Sabah  :-)


pemuzik2 dari UiTM Sabah  :-)


                  21 November, malam kedua pertandingan. Pada malam kedua pula, UiTM Sabah telah membawa tarian asli dan zapin. Hanya dua tarian yang dipertandingkan dari setiap 13 universiti yang bertanding. Esoknya merupakan hari perasmian penutupan dan keputusan akan dikeluarkan.





                   Setelah keputusan diumumkan, syabas kepada UiTM Sabah kerana telah merangkul gelaran naib johan dimana UiTM Sabah telah memenangi 3 kategori iaitu tempat ke-5 bagi tarian asli, tempat kedua bagi tarian kreatif dan muzik kreatif terbaik. walaupun tidak berjaya mendapat johan, sekurang2ny kami tidak membawa tangan kosong.  :-D
                   



                  24 November, kami pun berangkat pulang ke Sarawak. Sebelum kembali ke Sabah, kami sempat menghabiskan masa sebanyak dua hari di Sarawak. Dan kami mengambil kesempatan tersebut melawat kilang kuih lapis, Sarawak Culture Village & banyak lagi. Pastinya kami pulang ke Sabah dengan seribu kenangan manis, cewaahhhhhh ! hehe. Tidak tahulah bila lagi kami akan ada peluang seperti ne ? Festival Tari Borneo edisi ke 5 bakal diadakan di Brunei pada tahun 2014. Hurm, ada peluang lagi ka untuk join program seperti ni ? Insyallah . ;)



bye semuaaaaaaaaaaaaa..... ;)