Wednesday, December 5, 2012

FESTIVAL TARI BORNEO EDISI - 4

Hai semuaaaaa............. :-D


                 Lama sudah tidak update blog tau, hihihi. Saya baru jak ni balik dari ikut program Festival Tari Borneo yang telah berlangsung selama 4 hari ( 20 - 23 november ) di Universitas Tanjung Pura, Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

                 Setelah menjalani latihan intensif selama 3 minggu lebih di UiTM, pada 17 november, kami seramai 22 orang peserta (  penari dan pemuzik ) , 4 orang jurulatih, 4 org krew serta seorang pegawai kebudayaan telah bertolak ke Kuching Sarawak. Di Sarawak, kami telah menginap di UiTM samarahan Kuching. Sepanjang dua hari di Sarawak, kami telah melawat sebuah tempat yang selalu dikunjung ramai pelawat iaitu waterfront. Di sanalah tempat yang banyak menjual barang2 kraftangan.

                  19 November, kami bertolak seawal jam 11 pagi dari UiTM samarahan Kuching Sarawak ke Kalimantan Barat, Indonesia dengan menaiki sebuah bas besar. Perjalanan yang memakan masa selama 10 jam lebih itu amatlah menyeronokan. Lagipun, ni first time saya jalan jauh naik bas besar. hehe. :)

                  Sesampainya kami di Indonesia, kami pun menyewa sebuah hotel, Hotel Merpati. Di sanalah kami bermalam selama 4 malam. 20 November merupakan hari pembukaan Festival Tari Borneo tersebut. Terdapat 13 universiti semuanya yang akan bertanding dan 13 universiti tersebut datangnya dari Sabah, Labuan, Sarawak dan juga Indonesia.

                  20 November, tiba jua malam pertandingan. Pertandingan yang bermula pada jam 7 malam berakhir pada jam 11 malam. UiTM Sabah telah membawa tarian kreatif yang bertajuk 'mororobuat' pada malam tersebut. Mororobuat sinonim dengan kehidupan seharian masyarakat kaum dusun di negeri Sabah. Saya sebagai salah seorang pemuzik dari UiTM Sabah terlibat dengan tarian ini.



penari2 dari UiTM Sabah  :-)


pemuzik2 dari UiTM Sabah  :-)


                  21 November, malam kedua pertandingan. Pada malam kedua pula, UiTM Sabah telah membawa tarian asli dan zapin. Hanya dua tarian yang dipertandingkan dari setiap 13 universiti yang bertanding. Esoknya merupakan hari perasmian penutupan dan keputusan akan dikeluarkan.





                   Setelah keputusan diumumkan, syabas kepada UiTM Sabah kerana telah merangkul gelaran naib johan dimana UiTM Sabah telah memenangi 3 kategori iaitu tempat ke-5 bagi tarian asli, tempat kedua bagi tarian kreatif dan muzik kreatif terbaik. walaupun tidak berjaya mendapat johan, sekurang2ny kami tidak membawa tangan kosong.  :-D
                   



                  24 November, kami pun berangkat pulang ke Sarawak. Sebelum kembali ke Sabah, kami sempat menghabiskan masa sebanyak dua hari di Sarawak. Dan kami mengambil kesempatan tersebut melawat kilang kuih lapis, Sarawak Culture Village & banyak lagi. Pastinya kami pulang ke Sabah dengan seribu kenangan manis, cewaahhhhhh ! hehe. Tidak tahulah bila lagi kami akan ada peluang seperti ne ? Festival Tari Borneo edisi ke 5 bakal diadakan di Brunei pada tahun 2014. Hurm, ada peluang lagi ka untuk join program seperti ni ? Insyallah . ;)



bye semuaaaaaaaaaaaaa..... ;)


Monday, October 29, 2012

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan TYT Sabah

                 Tanggal 27 bulan 10 bersamaan hari sabtu merupakan hari perkahwinan anak perempuan TYT. Kami mewakili unit kebudayaan UiTM Sabah untuk bermain gamelan bagi mengiringi majlis perkahwinan tuu. Waaa bestnyaa. Masa dapat tahu yang saya terpilih untuk program ni, happy lah sebab ada peluang masuk istana. weeeeee ~~~~ :D

                22 Oktober, kami mulakan latihan kami dari jam 2 petang sampai jam 10 malam. Penat tuu memang lah penat tapi best sebab ramai kawan training masa tu. hehe. Latihan tu berjalan sehingga 3 hari. 24 Oktober, kami berangkat pergi istana untuk rehearsal.


Ini gambar masa kami rehearsal dekat istana. Yang paling kiri tu nama dia Jazilah, kemudian Ainatul, Syawanah, Juju, Farah, Ina, saya, Wanie, Khalida, Dayang, Nurul, Deborah dan yang last sekali tu ialah Juliana. Kami semua enjoyyyyy masa ni. hehehehe

Bergambar bersama TYT. Haaaaa, ini lah TYT Sabah yang bernama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin. Saya sebelah TYT tau, jangan jelous.hehehe :P




                        27 Oktober, hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Kami bergerak seawal jam 9.30 pagi dari UiTM ke istana. Jam 10.30 kami start full rehearsal dan majlis perkahwinan yang sebenar bermula pada jam 8.30 malam. Keras juga menunggu hehe.


                          Ni lah gambar pengantin baru tuu. Yang perempuan tu lah anak TYT. :)

Majlis perkahwinan tuu berlangsung selama 4 jam lebih. Jam 11 baru kami selesai bermain gamelan. Penat, urghhhhhhhhhhh !! 



Rektor UiTM sabah pun ada datang, wahhhh hehehe. Ni lah anggota-anggota gamelan yang terlibat. Dari belakang paling kiri - Juju, Ainatul, Syawanah, Ben, abg Adzley ( jurulatih kami ), rektor, Ahmin, Wani, Ina, Khalida dan Juliana. Depan dari kiri - Nurul, Deborah, Dayang, Nazrul, Jazilah, Farah dan saya.

Kenangan macam ni tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Harap lepas ni ada lagi peluang macam ni datang.  hehe. Sweet memories remain in our hearts. :)

Wednesday, October 3, 2012

Konvokesyen KYS + Final Exam

Fuuhhh ! Bestnyaa hari ne dapat tidur sampai jam dua petang. :-D
Terbalas juga tidur yang tidak cukup selama beberapa hari ne. Balik ja dari dewan exam kemarin terus landing sampai malam. Sedar tidak sedar, sekarang ne final exam sudah. Kelmarin paper Microeconomics, susah jugalah. Susah pasal tidak sempat buat preparation yang cukup, sebab sebelum ne sibuk dengan latihan intensif gamelan. Bayangkan paper Microeconomics jam 2.15 petang hari selasa, pagi selasa tu kami buat persembahan gamelan di Kolej Yayasan Sabah. Nah, terpaksa kami rush dari KYS tuu pergi balik UiTM sebelum jam 2 petang. Extremely tired !! Tapi fun jugalaa, dapat pengalaman baru buat persembahan masa konvokesyen. :-)



Ne laa team gamelan kami . 12 orang perempuan dan 2 orang jaa lelaki. Tidak termasuk cikgu kami dgn abg Darwan. Belakang kami tuu lah bangunan KYS, di sana lah kami buat persembahan. Gambar ne masa kami buat rehearsal. hehe. :-)


Haa, ne pula gambar masa hari konvokesyen tuuu. Kami semua pakai baju cheong sam, tapi sy ja laa yang pakai baju lelaki gara-gara kehabisan baju. Terpaksa adjust sendiri huhu. Kesiann.


Lepas jaa dari Konvokesyen KYS kelamrin jam 1 petang, Sy, Farah dan Nurul direct pergi exam. Penat gilaa. Study sampai tidak cukup tidur. Masa menjawab paper Eco pun boleh tertidur, tulisan pun naik turun.
Tapi okeyy la, ada juga yang dapat jawab biarpun tidak yakin dan pasal persembahan gamelan tuu, cikgu berpuas hati. Dan kami akan dapat saguhati masa hari jumaat nanti, hooooorreeyyyy !! Yang paling penting, kami akan dapat hostel semester depan sebab jadi pelajar keutamaan. Tidak payah la risau lagi mau fikir pasal keputusan kolej kediaman nanti kalau tidak berjaya. Thanks cikguuuu ! :-)







Semua control masa bergambar, haha ! Tettt !
Sama pula 'peace' kita kan Ainatul . :-D











Ne pulaa gambar candid, entah siapa yang ambil     gambar ne. eheh !


Other pictures of  us :-)


Semua lawa-lawa & hencom-hencom ahah !


Kami tidak peduli ada orang dekat belakang. Hoho !


Yayasan Sabah ;-)

Sunday, September 30, 2012






Helo helo helo !

Ne gambar semalam masa kami dekat karamunsing kompleks. Seharian berjalan. eheh ! :-D
Yang paling depan tuu roomate sy, nama dia Shirley Vanessa tapi kami panggil dia Acia jaa. Cantik kan orang dia ? hee. Asal dari Beluran, area2 Sandakan sanaa. Start kenal dia masa awal sem ne laa, kami satu bilik. Dia ne seorang yang open, sporting and kadang2 gila juga laa. eheh. Best kawan dengan dia, harap sem depan dapat sebilik lagi dengan dia. ;-)

Haaa, yang sebelah Acie yang pakai tudung putih tu pun roomate sy jugaa. So kira kemarin tuu outing bersama roomate2 sekalian laa hehe. Nama dia pulaa Siti Rainih tapi kami panggil dia Rainih jaa, kadang2 panggil Rain. Dia ne datang dari Ranau, waahhhh jauhnyaa. hee. Roomate sy semuanya jauh2 kann. Rainih ne seorang yang pendiam tau masa sy mula2 kenal dia dulu, kami sekelas dari sem pertama. Tapi lepas sebilik dengan dia barulah sy tau perangai dia yg sebenarnya macamana. Kuat bercakap, suka bergurau, hehe. Sy suka buli dia kadang2 sebab dia ne lembbut orangnya. Tapi suaranya GARAU. ahaha. :-P

Yang sebelah Rainih tu sy lah . hehehehe. Macam cina kan ? wahahaa. Perasan. Okeyyy yang last tu, pakai tudung hitam tu kawan sy start dari Pre-Commerce lagi. Nama dia Aimi Munirah, panggil Amy jaa. Macam Yuna kan dia ? Yuna Sandakan ne haha. Yang ne satu kepala dengan saya. Apa kami buat semua mesti sama2 . heee. Orang dia baik, pemurah, suka menolong. Tapi dia ne suda ada yang punya, ececehhh hehe. 
Sama macam Acie, dua2 sudah ada boyfriend. Tinggal Rainih lagi yang masih single hehehe. 

Apa-apa pun, may our friendship last long. Kamu tiga jangan sombong dengan sy okeyy kalau kita terjumpa di mana-mana satu hari nanti. ;-)



Ne gambar sy dengan Acie ;)



Ne pula gambar sy dgn Rainih :-D




Bersama Amy, sama kan patung kami hee. ;-)