Monday, October 29, 2012

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan TYT Sabah

                 Tanggal 27 bulan 10 bersamaan hari sabtu merupakan hari perkahwinan anak perempuan TYT. Kami mewakili unit kebudayaan UiTM Sabah untuk bermain gamelan bagi mengiringi majlis perkahwinan tuu. Waaa bestnyaa. Masa dapat tahu yang saya terpilih untuk program ni, happy lah sebab ada peluang masuk istana. weeeeee ~~~~ :D

                22 Oktober, kami mulakan latihan kami dari jam 2 petang sampai jam 10 malam. Penat tuu memang lah penat tapi best sebab ramai kawan training masa tu. hehe. Latihan tu berjalan sehingga 3 hari. 24 Oktober, kami berangkat pergi istana untuk rehearsal.


Ini gambar masa kami rehearsal dekat istana. Yang paling kiri tu nama dia Jazilah, kemudian Ainatul, Syawanah, Juju, Farah, Ina, saya, Wanie, Khalida, Dayang, Nurul, Deborah dan yang last sekali tu ialah Juliana. Kami semua enjoyyyyy masa ni. hehehehe

Bergambar bersama TYT. Haaaaa, ini lah TYT Sabah yang bernama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin. Saya sebelah TYT tau, jangan jelous.hehehe :P




                        27 Oktober, hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Kami bergerak seawal jam 9.30 pagi dari UiTM ke istana. Jam 10.30 kami start full rehearsal dan majlis perkahwinan yang sebenar bermula pada jam 8.30 malam. Keras juga menunggu hehe.


                          Ni lah gambar pengantin baru tuu. Yang perempuan tu lah anak TYT. :)

Majlis perkahwinan tuu berlangsung selama 4 jam lebih. Jam 11 baru kami selesai bermain gamelan. Penat, urghhhhhhhhhhh !! 



Rektor UiTM sabah pun ada datang, wahhhh hehehe. Ni lah anggota-anggota gamelan yang terlibat. Dari belakang paling kiri - Juju, Ainatul, Syawanah, Ben, abg Adzley ( jurulatih kami ), rektor, Ahmin, Wani, Ina, Khalida dan Juliana. Depan dari kiri - Nurul, Deborah, Dayang, Nazrul, Jazilah, Farah dan saya.

Kenangan macam ni tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Harap lepas ni ada lagi peluang macam ni datang.  hehe. Sweet memories remain in our hearts. :)

Wednesday, October 3, 2012

Konvokesyen KYS + Final Exam

Fuuhhh ! Bestnyaa hari ne dapat tidur sampai jam dua petang. :-D
Terbalas juga tidur yang tidak cukup selama beberapa hari ne. Balik ja dari dewan exam kemarin terus landing sampai malam. Sedar tidak sedar, sekarang ne final exam sudah. Kelmarin paper Microeconomics, susah jugalah. Susah pasal tidak sempat buat preparation yang cukup, sebab sebelum ne sibuk dengan latihan intensif gamelan. Bayangkan paper Microeconomics jam 2.15 petang hari selasa, pagi selasa tu kami buat persembahan gamelan di Kolej Yayasan Sabah. Nah, terpaksa kami rush dari KYS tuu pergi balik UiTM sebelum jam 2 petang. Extremely tired !! Tapi fun jugalaa, dapat pengalaman baru buat persembahan masa konvokesyen. :-)



Ne laa team gamelan kami . 12 orang perempuan dan 2 orang jaa lelaki. Tidak termasuk cikgu kami dgn abg Darwan. Belakang kami tuu lah bangunan KYS, di sana lah kami buat persembahan. Gambar ne masa kami buat rehearsal. hehe. :-)


Haa, ne pula gambar masa hari konvokesyen tuuu. Kami semua pakai baju cheong sam, tapi sy ja laa yang pakai baju lelaki gara-gara kehabisan baju. Terpaksa adjust sendiri huhu. Kesiann.


Lepas jaa dari Konvokesyen KYS kelamrin jam 1 petang, Sy, Farah dan Nurul direct pergi exam. Penat gilaa. Study sampai tidak cukup tidur. Masa menjawab paper Eco pun boleh tertidur, tulisan pun naik turun.
Tapi okeyy la, ada juga yang dapat jawab biarpun tidak yakin dan pasal persembahan gamelan tuu, cikgu berpuas hati. Dan kami akan dapat saguhati masa hari jumaat nanti, hooooorreeyyyy !! Yang paling penting, kami akan dapat hostel semester depan sebab jadi pelajar keutamaan. Tidak payah la risau lagi mau fikir pasal keputusan kolej kediaman nanti kalau tidak berjaya. Thanks cikguuuu ! :-)







Semua control masa bergambar, haha ! Tettt !
Sama pula 'peace' kita kan Ainatul . :-D











Ne pulaa gambar candid, entah siapa yang ambil     gambar ne. eheh !


Other pictures of  us :-)


Semua lawa-lawa & hencom-hencom ahah !


Kami tidak peduli ada orang dekat belakang. Hoho !


Yayasan Sabah ;-)